Friday, 28 June 2013

~ The End ~

 


 Assalamualaikum blogger.. sedar tak sedar dah nak dekat puasa dah bagi tahun 2013.. rasa sekejap jea masa berlalu.. aku tak tahu lah orang lain.. tapi bagi aku tahun nie paling tak best dari tahun-tahun sebelum nie.. maybe sebab kawan ramai pindah,, masalah peribadi dan hal-hal lain.. fikiran aku bercelaru sangat.. tujuan aku tulis blog nie adalah untuk melepaskan segala tekanan dan masalah.. aku rasa blog nie jela tempat aku mengadu selain kawan-kawan.. ade story sikit nak share nie.. hari khamis lepas (27/6/13) aku keluar dengan dia (Nur Nabilah Binti Shahrul Nizam).. sekejap jea.. sebab dia nak balik dah.. banyak kali dia ajak jumpa, tapi aku yang taknak.. belum waktu yang sesuai.. aku saja  mengelak.. tapi sebenarnya aku rindu sangat dekat dia.. kite orang jalan-jalan.. aku luahkan ape yang aku rasa.. sejujurnya ku tak bisa mengatakan.. tapi keadaan memaksa.. kau berhak tahu ape yang sebenarnya dan ape yang terbuku di hati aku selama nie.. aku akan selamanya mengingati kau kerana kau sentiasa ada dalam doa aku.. aku rindukan kau yang dulu.. kau sendiri yang kata yang kau dah berubah.. dan kau dah ada pengganti.. aku harap ape yang kau cakap dengan aku tuh betul.. aku harap bf kau yang baru tuh dah berubah seperti yang kau katakan.. tak seperti dulu.. kau jugak dah cakap yang kau dah jumpa parents dia.. hmm,, aku tak boleh nak cakap apa.. tak tahu sama ada aku nak percaya atau tak.. terserah laahh.. aku tahu kau dah besar.. kau lebih kenal dia kan? i'm glad.. but don't trust people easily k? aku harap kau bahagia walaupun aku yang derita.. ' Bahagiamu Deritaku ' and one more things, satu tempat yang betul-betul menenangkan aku.. -Tasik Heritage- kalau tak dapat jumpa aku, cari lah aku dekat situ.. aku pasti ada untuk menenangkan fikiran..

-The End-

Yang Ikhlas,

-Muhammad Hanif Bin Abd Rahim-

Tuesday, 30 April 2013

Live Life, Free.

hey blogger.. lama dah tak update blog nie.. rindu rasanya.. sedar tak sedar dah hampir bulan mei bagi tahun 2013.. tahun 2012 sungguh banyak kenangan.. ade yang pahit.. ade yang manis.. aku masih boleh ingat    tiap-tiap kenangan yang aku lalui bersama keluarga, kawan-kawan dan orang yang pernah bertakhta di hati ku.. malam nie aku rasa sunyi dan kosong.. entah laah.. fikiran aku bercelaru dan tak menentu.. ada je yang tak kena.. errmm, lagi satu tahun nie sungguh membosankan tak seGEMPAK tahun lepas.. kawan-kawan ramai yang pindah lepas PMR.. masing-masing ikut haluan masing-masing.. aku harap kita semua boleh berkumpul seperti dulu.. bergelak tawa, bersuka ria.. nothing can separate us .. Dalam fikiran aku jugak, tahun nie aku lebih suka sakit kan hati orang.. tak kesah lah lelaki ke perempuan.. tapi lebih kepada perempuan laah.. aku pun tak tahu lahh.. selepas kisah aku tu, aku rasa perempuan nie menyusahkan.. sakai pun ada.. macam-macam perangai... tapi TAK SEMUA ... maybe aku je yang terlalu mengikutkan perasaan sampai melabelkan semua perempuan sama.. lagi satu, tahun nie pergghh.. dari bulan Januari sehingga bulan April, aku tak faham ape punn.. baik laa.. exam dah dekat.. buku tak sentuh.. kalau sentuh pun kemas jadual je. haha xD ape nak jadi lah dengan aku nie.. sifat pemalas menjadi-jadi .. hmm,, pegangan hidup aku ,, '' No Woman No Cry '' AND '' No Pain No Gain ''  aku rasa sampai situ jela story aku.. kalau ada masa lagi, aku update yang baru .. bye .. Assalamualaikum :) 




Saturday, 2 February 2013

Redha..

awak dah fikir masak-masakkan? so, saya terima keputusan awak.. saya dah bagi peluang kedua.. awak sia-siakannya.. tiada lagi peluang ketiga awak.. hati bukan plastik yang boleh di kitar semula.. saya nak ucapkan terima kasih kat awak selama ini awak sudi terima saya jadi teman awak.. awak banyak ajar saya dan ubah saya.. saya respect awak.. awak lah satu-satunya orang yang berjaya ubah saya.. ingat eh wak, hati lelaki bukan mainan.. sebab lelaki ni susah nak jatuh cinta.. sekali dah jatuh cinta, dia akan sayang orang tuh betul-betul.. tapi sekali dah terluka, sukar nak pulih.. my heart is bleeding :')

1 Year 5 Month
11.38 a.m

thanks a lot ! ^^


#End Of Relationship#

Monday, 28 January 2013

Terasa -,-

Weyh?! pelikk ohh kau .. kejap sayang, kejap tak? haishh .. pelik+heran bebenor .. haha .. ape yang kau fikirkan? hmm, aku sendiri pun tak tahu.. eh jap,, kenapa kau carut aku dekat twitter?? aku tak pernah pun mencarut dekat kau.. tapi kau dah mencarut tentang aku dekat twitter. kalau marah kau tuh, cakap lah depan2.. mencarut laahh kat depan aku.. kalau jauh pun, hmm,, dalam call pun boleh.. aku tak kesah.. aku sentiasa ada masa untuk kau ^^ kadang2 aku pun tak faham macam mana perangai kau nie? tapi itu laah yang membuat aku lebih sayang dekat kau.. haha xD hmm, tak tahu laa.. aku bukan tak amik kesah pasal kau.. cuma aku nie cepat jealous laa.. aku pun tak tahu kenapa.. aku dah cuba macam2 cara nak jauhkan perasaan kuat jealous tuh.. tapi tak bolehh oohhh.. haishh -,- hmm,, aku tengok kau dengan aiman tuh makin rapat? almaklumlah, dia kan bff kau .. aku takut sangat cara dia layan kau dan cara kau layan dia.. kau nie seorang yang manja.. tapi, aku percaya kat kau.. aku tahu kau takkan buat benda yang boleh merosakkan hubungan kita kan? aku ni bukan mudah nak sayang orang tapi kalau aku dah sayang, aku sayang betul2 tau.. curang jauh sekali ^^ hmm,, ade mase tuh kita gaduh besar yang melibatkan perkataan putus.. aku sedih masa tuh.. otak aku tak boleh nak fokus.. nasib baik la aku tak jatuh tangga.. cuma jalan macam orang mabuk dahh.. haha xD aku tahu kau takde niat mase tuh,, fikiran kau pun bercelaru.. so tak boleh nak salahkan kau jea.. dua2 salah :D ade satu mase, aku terlepas mencarut dekat kau! ooppss ! sorry sangat2... aku terlepas cakap, tak tahu la ape jadi kat aku nie,, maybe sabar aku dah sampai limit kot.. hmm,, setiap benda yang berlaku mungkin ada hikmahnya.. siapa tahu kan? hihi ...

#Assalamualaikum Blogger#

Saturday, 19 January 2013

My Status :')


Awak, ini yang terakhir saya nak cakap, saya sayangkan awak.. Saya harus bersabar walaupun awak sendiri tahu sifat saya panas baran .. kalau saya tak layan awak sangat atau saya layan awak berbeza seperti yang dulu, pandai-pandai lah awak fikir .. Dah banyak kelonggaran yang saya bagi kat awak tapi kalau awak tetap tak hargai  ape yang saya lakukan untuk awak,it's always up to you. Dan satu perkara penting lagi, saya tak pernah bosan dengan awak.. Fikir lah ape yang terbaik untuk awak. :')

Semua status facebook ini saya update khas untuk awak (:

--> No need to commented about what you doing, you already grown up to think what is the best for you .. :')

--> Takpe.. saya faham.. awak sibukkan dengan study awak? saya akan tunggu awak .. ^^


--> Awak nak keluar dengan siapa saya tak kesah, awak nak bermanja-manja dengan siapa saya tak kisah, tapi suatu hari nanti kalau saya dah tak ambil berat atau sayang dekat awak lagi , awak jangan lah pulak ambil kesah kerana pada masa tuh jugak lah awak ialah orang yang paling rugi di dunia ^^


#take a note AWAK ! :D

--> Saya tak salahkan awak.. Mungkin awak belum cukup matang untuk kenal apa itu 'Hati' dan apa itu erti 'Kesetiaan' :')

Friday, 21 December 2012

Sad Story :'(

awak-awak? saya nak cerita nie yang saya sayang awak. saya taknak kehilangan awak.. tujuan saya buat blog nie memang nak luahkan perasaan saya dekat sini .. hmm awak tahu tak yang saya dah nasihatkan awak banyak kali? kenapa awak still buat jugak? kenapa awak still buat benda yang sama? saya keliru adakah awak cakap yang awak sayang dan taknak kita terpisah itu betul.. perangai awak tak menunjukkan yang awak dah berpunya? awak still friendly.. awak tak berubah langsung, tapi saya berubah demi keluarga saya dan awak,, awak antara orang yang terpenting dalam hidup saya .. kenapa wak? awak banyak layan ramai lelaki.. sumpah saya tak suka.. tapi apa yang saya boleh buat.. saya tak boleh kongkong awak secara menerus.. awak pun ada life awak jugakk.. kalau saya kongkong awak sangat nanti awak tak selesa dan hubungan kita menjadi renggang .. saya tak nak macam tuh wakk.. cuba la awak fikir jauh sikit.. saya nie lelaki wak. saya tahu macam mana perasaan diorang event awak cakap yang diorang tak suka kan awak.. but awak selalu text diorang.. diorang pun selalu text awak.. siap bersayang-sayang.. awak pun buat tak tahu je.. tapi diorang tak wak.. diorang ada perasaan kat awak.. saya boleh cakap yang awak agak lawa dan manis.. diorang cuba dekati awak.. kalau saya gaduh dengan awak sikit, mesti diorang pujuk awak.. diorang pandai jaga hati awak... nanti mesti awak selesa dengan diorang.. awak.. saya kenal dunia dulu daripada awak.. saya boleh tahu macam mane perangai awak.. ape perasaa diorang.. awak tak boleh nak agak kee? awak pun dah besar kan? kenapa awak tak boleh nak fikir semua benda tuh? saya risau wak.. saya risau sangat hubungan kita nie. kalau macam nie lah gayanya hubungan kita, saya hanya mampu berdoa dan bersabar selagi yang termampu.. saya harap Allah jodohkan hubungan kita sehingga tua .. dan saya nak cakap something important , awak, please jangan buat saya bosan dengan awak.. saya takut someone akan buatkan saya happy dan pandai jaga hati saya selain awak.. itu yang paling saya takut. awak, jaga diri eh? saya sayangkan awak. saya taknak berpisah dengan awak.. cuma awak kene berubah dan berperangai macam orang dah berpunya..  :'(

Monday, 19 November 2012

Story :')

sekarang life aku dah ada perubahan .. aku dah kembali bersama Nabilah dan kami semakin rapat .. kalau maksudnya semakin rapat, mestilah semakin sayang kan? huhu  aku sayang sangat2 kat dia.. dia lah tempat aku berkongsi cerita duka dan ceria selain kawan baik aku -syafiq-  .. tapi bila dah makin sayang, semakin sukar aku nak biarkan dia terlepas walau sekilas dari pandangan ku .. aku taknak jadi apa2 kat dia. aku risau akan keselamatan dia.. kini aku sedar, kenapa mak bapak aku larang aku keluar rumah selalu. dia orang teramat sayang sampai tak mahu aku terjebak dengan anasir yang negatif ... macam tuh la jugak aku sayang kat dia. tapi dia ni degil , suka sangat nak keluar rumah .. aku tahu aku bukan sapa2 yang nak melarang dia keluar rumah .. cuma aku taknak paksa dia yang boleh membuatkan aku kehilangan dia lagi. kehilangan dia berat bagiku . :') aku taknak dia terlibat dengan benda2 yang tak elok.. lagi2 dia ikut adik dia tuh, lagi lah aku risau sangat2.. adik dia suka bersosial dan aku tahu dia pun bersosial. aku memang takde hak nak larang dia kawan dengan sapa2 pun.. tapi dia dah besar, takkan aku nak layan dia macam budak kecik kan? aku taknak mereka salah anggap tentang kau disebabkan kau bergaul dengan semua orang .. aku harap kau faham tentang perasaan ku .. aku hanya sayang kau seorang .. aku ingin bersama kau dan kalau dengan izin Allah S.W.T , aku mahu kita kekal till jannah .. :')


*Assalamualaikum